SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG

KAU YANG TERISTIMEWA
( KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS)

Saturday 10 December 2011

BUMI KENYALANG KU

                                   BUMI KENYALANG NEGERI SARAWAK
     

                                    VIDEO KEINDAHAN BUMI KENYALANG

Friday 9 December 2011

ISU-ISU KANAK-KANAK KHAS 2

Ibu bapa yang mempunyai anak dengan keperluan khas menghadapi beberapa masalah dalam kehidupan harian, antaranya:
  • Sifat malu dan rendah diri akibat dari fizikal atau tingkah laku anak khas mereka yang berbeza
  • Cabaran dalam mengurus anak khas mereka yang memerlukan rawatan yang berterusan samaada berkaitan masalah kesihatan yang kompleks atau kelewatan (delayed) dalam perkembangan secara individu
  • Kerisauan kepada sistem pendidikan yang kurang menyokong kepada keperluan anak khas mereka.
Perkara yang digariskan adalah antara isu utama yang perlu diberi perhatian dan di bimbing secara professional.
Kesediaan untuk belajar dan menerima pandangan secara terbuka dan kebolehan untuk adapt and adopt nasihat yang diperolehi dari orang yang mahir dan relevan dengan tahap keupayaan anak adalah dipercayai akan dapat menyokong perkembangan pembesaran anak khas ini.
Sebagai permulaan dilontarkan idea ke arah penyelesaian awal bagi 3 masalah yang dinyatakan di atas.
  • Untuk mengelakkan ibubapa merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masalah sosial secara berterusan adalah digalakkan ibubapa untuk terlibat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah anak,contohnya Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa (common goal) iaitu berkisar dari masalah kesihatan, perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam mendidik anak-anak khas anda.
  • Bagi isu kesihatan anak, ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti dokor di hospital atau para-profesional yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau audiology. Ibu bapa digalakkan membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu peringkat perkembangan anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak anda capai. Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak doktor membuat analisa tentang maslah perkembangan anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal yang lain,
  • Akhirnya berkaitan pendidikan anak-anak anda dalam pendidikan khas. Isu ini perlu banyak berbincang dengan pihak sekolah terutamanya guru pendidikan khas. Sebaiknya hantar anak anda ke sekolah secara tetap, kecuali jika anak anda sakit dan mmerlukan rawatan lanjutan, Kehadiran anak ke sekolah secara konsisten setiap hari ke sekolah akan mempengaruhi sikap sosial anak anda. Seterusnya meningkatkan tahap keyakinan diri anak. Jangan terlalu mengharapkan guru memberi terlalu banyak perhatian atau menolong pada keperluan anak anda, Tindakan ini akan menggalakkan anak anda untuk TIDAK berfikir dan TIDAK belajar untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harianya.


Cuba selesaikan masalah utama yang dinyatakan di atas mengikut kesesuaian anak. Cuba dari kesilapan sambil membuat pindaan masalah kepada yang lebih baik. Percayalah ibu bapa adalah guru yang terbaik untuk anak anda. Ibu bapa mempunyai 9 ke 10 jam sehari untuk fokus bersama anak anda berbanding guru yang cuma ada 5 ke 6 jam sehari di dalam kelas bersama-sama 4 ke 7 lagi murid khas yang lain.

Sumber: Artikel ini ditulis oleh Dr. Hjh. Noraini binti Zainal Abidin, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

Isu-isu kanak-kanak khas

Mengapa Ianya Penting Untuk Belajar Mengenai Kanak-Kanak Istimewa? Kebanyakan maklumat mengenai kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak genius diperolehi daripada program televisyen yang tidak berkualiti atau daripada filem ataupun daripada mereka yang tidak sensitif terhadap keperluan kanak-kanak ini. Maklumat ini seringkali tidak tepat dan boleh mendorong orang ramai mempunyai tanggapan yang salah mengenai mereka. Tanggapan-tanggapan seperti ini boleh merosakkan perhubungan di antara kanak-kanak istimewa ini dengan penjaga yang baru dan tidak berpengalaman.

Adalah penting bagi kita mengetahui perkara sebenar mengenai kanak-kanak istimewa supaya satu perhubungan yang erat yang berasaskan sikap ambil berat dan penerimaan di antara anda dan kanak-kanak istimewa ini dapat dipupuk. Larry, Susie, Paul, Mary, Mark dan Tina akan memberitahu anda mengenai beberapa tanggapan yang biasa dan akan memberi anda fakta sebenar bagaimana sebenarnya hidup sebagai seorang yang kurang upaya atau seorang genius.

1. Tanggapan: Kecacatan boleh berjangkit. Anda boleh dijangkiti kecacatan mereka sepertimana jangkitan demam selsema.
Fakta: Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi pembelajaran, deria, fizikal atau mental, adalah dilahirkan dengan kecacatan ini ataupun menghidap penyakit yang menyebabkan kecacatan ini. Mereka juga mungkin menjadi kurang upaya akibat kemalangan. Orang ramai mungkin berasa tidak selesa berada berdekatan dengan kanak-kanak kurang upaya kerana mereka biasanya kelihatan atau kedengaran berbeza. Mereka kadang kala menggunakan alat-alat khas dan bahagian badan yang lain dengan cara yang sama sekali berlainan. Ada beberapa peringkat dalam pembesaran dan perkembangan mereka yang berlainan daripada kanak-kanak sebaya mereka. Walau bagaimanapun, kecacatan mereka tidak berjangkit.
Paul ialah seorang kanak-kanak kurang upaya yang dilahirkan dengan penyakit yang dipanggil muscular dystrophy atau distrofi otot. Paul menggunakan kerusi roda kerana penyakit ini telah melemahkan otot kakinya. Paul ialah seorang pelajar yang pintar. Semua orang di sekolahnya faham dengan keperluan pelajar kurang upaya seperti Paul, dan pihak sekolah telah memasang landas, lif dan tandas khas di bangunan sekolah. Walaupun dia memerlukan bantuan untuk melakukan sesuatu, Paul boleh melihat, mendengar dan bercakap seperti orang lain. Dia juga mempunyai ramai kawan. Paul pergi dan balik dari sekolah menaiki bas dengan kawan-kawannya. Dia boleh melakukannya kerana bas tersebut dilengkapkan dengan landas khas yang membolehkan dia menaiki bas dengan kerusi rodanya.

2. Tanggapan: Hidup sebagai seorang genius sungguh mudah sekali!

Fakta:
Hidup sebagai kanak-kanak genius seringkali lebih sukar kerana semua orang fikir mereka mempunyai segala-galanya! Guru-guru, ibu bapa, kawan-kawan dan mereka yang lain mempunyai harapan yang terlalu tinggi terhadap kanak-kanak pintar ini. Kadang kala pelajar-pelajar lain dan rakan-rakan (malah adik-beradik yang lain) cemburu dengan kepintaran atau keupayaan yang ditunjukkan oleh mereka dan lantas tidak mengendahkan kanak-kanak tersebut atau memperlakukan mereka secara tidak adil.
Kanak-kanak genius seringkali dianggap berbeza kerana mereka lebih bijak, tahu menggunakan perkataan-perkataan besar, dan meluangkan lebih masa dan tenaga untuk sesuatu projek berbanding kanak-kanak lain. Mereka juga kelihatan lebih tua daripada kanak-kanak sebaya. Kebijakan dan anggapan bahawa mereka ini berbeza menyebabkan kanak-kanak genius ini sukar mencari kawan. Apabila mereka tidak mempunyai kawan, sesetengah daripada mereka mula membenci diri sendiri dan hilang keyakinan diri. Dengan itu, perkembangan emosi dan sosial mereka akan tergugat.

Mark ialah seorang kanak-kanak genius. Dia bernasib baik kerana pihak sekolahnya menyediakan program khas bagi kanak-kanak pintar dan berbakat. Program ini menggalakkannya untuk membuat eksperimen di dalam menyelesaikan masalah, membolehkannya belajar subjek-subjek tertentu dengan lebih mendalam, dan memberikannya banyak masa untuk berfikir dan mengembangkan daya kreativitinya.

Walaupun dia seorang yang pintar, Mark juga seperti kanak-kanak lain. Dia suka bermain dengan kawan-kawannya dan berkelahi dengan abang dan adiknya. Suatu hari, dia mengusik adik perempuannya, dan adiknya itu berkata, “Abang seorang yang bijak, tapi mengapa abang suka mengusik saya?” Mark merasa sedih kerana dia merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh adiknya adalah benar. Walau bagaimanapun, ibu Mark mengingatkannya bahawa walaupun dia seorang yang pintar, dia masih lagi seorang kanak-kanak. “Kanak-kanak sebaya kamu memang suka mengusik adik mereka. Ini adalah perkara biasa,” kata ibunya sambil tersenyum. Ini membuatkan Mark berasa senang hati.

3. Tanggapan: Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi pembelajaran tidak sebijak kanak-kanak lain.

Fakta:
Kanak-kanak yang kurang upaya belajar mempunyai tahap kepandaian yang sederhana atau lebih. Ada di antara kanak-kanak ini yang sebenarnya genius, tetapi ketidakupayaan mereka untuk belajar menyebabkan kebijakan mereka tidak menonjol.

Kanak-kanak seperti ini mempunyai pendengaran dan penglihatan yang normal dan mereka datang dari keluarga yang sama seperti kita juga. Mereka mempunyai masalah untuk belajar kerana mereka menerima, memproses dan memberikan respon terhadap maklumat dengan cara yang berlainan. Dalam erti kata lain, kanak-kanak ini mempunyai masalah di mana mesej yang dihantar ke otak menjadi bercelaru. Kanak-kanak ini sukar belajar membaca, mengeja, menulis, mengingati fakta dan menyelesaikan masalah matematik. Mereka juga sukar menumpukan perhatian, mudah putus asa, dan keliru dengan butir-butir terperinci. Mereka biasanya faham apa yang diajar, tetapi tidak faham bagaimana ianya diajar.
Larry ialah seorang kanak-kanak kurang upaya yang mempunyai masalah membaca dan mengeja kerana dia mengeja secara terbalik dan oleh itu dia menulis dan menyebut perkataan juga secara terbalik. Kadang-kadang dia menulis “p” walaupun apa yang dimaksudkan ialah “g” atau menulis “was” sedangkan apa yang dimaksudkannya ialah “saw”. Dia juga menyebut “please up hurry” atau membaca “nuclear” sedangkan perkataan yang tertulis ialah “unclear”.
Ketidakupayaan ini menyukarkan Larry untuk mendapat gred yang baik di sekolah. Walaupun dia seorang kanak-kanak yang pintar, dia sering berasa putus asa dengan kesukarannya belajar dan merasakan dirinya bodoh. Malah, salah seorang gurunya memanggilnya pemalas. Ini menyebabkan Larry berasa sedih kerana dia tahu bahawa dia telah mencuba dengan sedaya upaya. Ibu bapa dan guru Larry yang baru tahu mengenai ketidakupayaan ini, dan mereka telah bekerjasama dan mencipta cara yang lebih baik bagi Larry untuk menyelesaikan tugasan sekolahnya. Contohnya, kesukarannya membaca, menulis dan mengeja dapat dikurangkan dengan merekodkan tugasannya dalam bentuk pita rakaman.
Dia berlatih membaca, menulis dan mengeja dengan seorang tutor mengikut masa dan keupayaannya sendiri supaya tidak mengganggu kerja sekolahnya. Larry dan guru-gurunya dapati bahawa dia sukar menumpukan perhatian apabila orang lain di sekelilingnya sedang bercakap. Oleh kerana dia mudah terganggu, dia membuat kerja rumah di sebuah bilik yang sunyi dan tidak bertingkap di rumahnya, atau di bilik kecil yang sunyi di perpustakaan sekolah. Cara pembelajaran seperti ini telah membantu menaikkan prestasi Larry di sekolah dan membuatkan dia lebih yakin dan gembira.
4. Tanggapan: Kesemua mereka yang cacat mental tidak berupaya untuk menjaga diri mereka sendiri dan harus dihantar ke sekolah atau institusi khas.

Fakta:
Kecacatan mental bermakna mereka ini lambat belajar. Ramai di antara orang yang cacat mental boleh belajar menguruskan keperluan asas mereka. Oleh itu, mereka boleh tinggal di rumah, malah boleh tinggal bersendirian apabila mereka dewasa.
Mary ialah seorang kanak-kanak yang cacat mental. Dia bersekolah di sekolah awam, sama seperti abang dan kakaknya. Dia mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di kelas, tetapi dia juga menghadiri kelas yang direka khas untuk membantunya menumpukan perhatian dalam beberapa aspek dalam pembelajaran yang sukar diikutinya. Dalam kelas ini, dia belajar menguruskan diri, membaca tanda dan perkataan-perkataan yang ringkas, dan menulis nota dan surat ringkas.
Menghadiri kedua-dua kelas biasa dan kelas khas dipanggil “main-streaming”. Mary juga mengambil bahagian dalam program Olimpik khas. Dia merupakan salah seorang pelari dalam kumpulan lari berganti-ganti.

5. Tanggapan: Kanak-kanak genius sentiasa mendapat gred yang baik dan sentiasa bermotivasi untuk melakukan yang lebih baik.
Fakta: Kanak-kanak genius lebih mudah berasa bosan dan tidak gembira di sekolah. Oleh kerana kurangnya cabaran, mereka mencari cara tersendiri untuk menjadikan sekolah lebih menarik. Contohnya, jika guru memberi mereka empat pilihan dalam ujian, mereka akan membuat pilihan kelima. Tetapi, pilihan yang kelima itu tentu dikira salah kerana itu bukanlah pilihan yang diberi pada asalnya. Kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni mungkin tidak mendapat markah yang tinggi dalam subjek lain, tetapi cemerlang dalam seni atau muzik. Mereka mungkin mencipta lagu berdasarkan tugasan yang diberi di kelas sejarah atau membuat lukisan yang cantik mengenai cerita yang mereka dengar di kelas Bahasa Inggeris. Mereka biasanya didenda kerana kreativiti ini kerana mereka tidak menurut arahan dalam tugasan yang diberi.
Tina ialah seorang kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni. Dia boleh menulis puisi dan menggubahnya menjadi sebuah lagu. Dia juga boleh bermain piano dan biola lebih baik daripada guru muziknya di sekolah. Sejak akhir-akhir ini, Tina menunjukkan minat dalam bidang seni. Minggu lepas, ibunya menyuruh dia membawa sampah ke luar, sebaliknya dia mengambil semula kebanyakan sampah ke biliknya supaya dia boleh mencipta sesuatu daripadanya. Arca yang dibuat daripada sampah itu telah menerima anugerah dalam pameran seni di sekolahnya. Tina mempunyai minda yang aktif dan dia sangat berbakat. Walau bagaimanapun, dia mendapati sekolah adalah membosankan dan mengelirukan, dan dia hanya memperolehi gred C di setiap kelasnya. Ketiadaan motivasi ini adalah disebabkan oleh bakat semulajadinya. Dia melihat kehidupan ini dari sudut yang berbeza daripada orang lain.
6. Tanggapan: Kanak-kanak istimewa yang pekak atau sukar mendengar juga tidak sepandai kanak-kanak biasa.

Fakta:
Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi deria (hilang deria dengar atau lihat) biasanya mempunyai kepandaian yang sederhana atau lebih. Mereka yang pekak, atau hilang deria dengar, tidak dapat mendengar bunyi sejelas yang kita dengar. Ini menyebabkan mereka sukar menyebut perkataan dengan jelas. Kanak-kanak yang pekak mungkin kedengaran berbeza apabila mereka bercakap. Mereka mungkin menggunakan jari, tangan, lengan dan muka untuk berkomunikasi. Ini dipanggil bahasa isyarat.
Susie ialah seorang kanak-kanak istimewa yang cacat pendengaran. Dia menggunakan alat-alat khas untuk membantunya mendengar. Salah satu daripada alat ini ialah alat bantuan pendengaran. Alat ini membolehkan dia mendengar perkataan hampir sepertimana kita mendengarnya. Ini membantu dia memperbaiki percakapannya. Susie seorang yang bijak kerana dia menggunakan alat-alat khas yang direka untuk membantu kanak-kanak cacat pendengaran. Salah satu daripadanya ialah TDD. TDD ialah sejenis mesin yang disambungkan dengan telefon dan boleh mencetak perbualan. Susie menggunakan alat ini untuk berbual dengan neneknya.
Dicetak semula dengan kebenaran daripada National Network for Child Care - NNCC. Lagoni, L. S., Martin, D. H., Maslin-Cole, C., Cook, A., MacIsaac, K., Parrill, G., Bigner, J., Coker, E., & Sheie, S. (1989). Good times with special children. In *Good times with child care* (pp. 58-81). Fort Collins, CO: Colorado State University Cooperative Extension.

ANUGERAH PENCIPTANYA


                                   

KENANGAN TERINDAH PPKI SK SEMERAH PADI

                         SELAMAT MENONTON KAU YANG TERISTIMEWA

                                          SELAMILAH MEREKA DENGAN JIWA ANDA

Thursday 8 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN 2

MIKROPENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran            Pendidikan Khas (Pemasalahan Pembelajaran) – Komponen                                                                      Matematik
Kelas                                       :  Kelas 9
Bilangan Pelajar                   :  5 orang
Tarikh                                    :  14 November 2011 (Isnin)
Masa                                     :  9.00   -    9.30 pagi (30 minit)
Tajuk                                     :  5. Wang

Hasil Pembelajaran         : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
1)            Mengenal mata wang Malaysia
2)            Mengenal pasti wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
3)            Melabelkan wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1)            Set Induksi : Guru mengocangkan satu kotak, murid meneka.
2)            Langkah 1 : Memperkenalkan wang syiling 5 sen,10 sen,   20 sen,  dan 50 sen
3)            Langkah 2: Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan (kumpulan merah/ 2 orang dan kumpulan  hijau  / 3 orang) –permainan antara kumpulan  membuat buku skrap masa diperuntukkan 15minit sahaja                                           

Pengunaan BBM: wang syiling, pensel warna  gunting, gam, kertas A4, gambar wang  cawan plastik yang berlabel
4)            Penutup: Murid mengasingkan, menyebut dan   memasukkan  wang syiling secara individu     dalam cawan plastik yang dilabel 5 sen, 10  sen, 20 sen dan 50 sen berasingan
          Penilaian murid diberi satu lembaran kerja sebagai pengukuhan pengajaran guru

                                                         Nilai                              : Kejujuran, keberanian, bertolenrasi, berdikari

                                                        KBKK                            : Mengenal pasti, mengkategori, melabelkan,                                                                                                   menyesesuaikan, menyebut, mengasingkan                                                                                                        dan menamakan.

Pengetahuan Sedia ada: Murid-murid sudah kenal wang syiling dan jenis wang syiling: Murid tahu penggunaan wang syiling dalam  kehidupan harian mereka.                                           
                                
Penerangan Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran:


Masa

Perlaksanaan aktiviti

Catatan


Set Induksi
( 5 minit)

1)     Guru akan mengocangkan satu kotak hadiah
2)     Guru meminta murid meneka benda yang terdapat dalam kotak hadiah yang digoncangkan oleh guru tersebut.





BBM:
Kotak Hadiah warna merah jambu

Pelbagai wang syiling

Malaysia bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen


Langkah 1
( 5 minit)

1.       Guru memperkenalkan wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen
2.       Guru akan memberi peluang setiap murid untuk memegang wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
3.       Guru mengarah murid menunjukkan wang syiling berdasarkan nilai yang disebut oleh guru.

BBM:
Wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen

Langkah 2
( 15 minit)
1.       Guru akan membahagikan murid kepada 2 kumpulan.( Kumpulan Merah dan Hijau)
2.       Guru akan membekalkan setiap murid dengan gambar wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, gunting, gam, Lembaran Buku Skrap dan pensel warna
3.       Guru akan mengarah murid membina buku skrap wang syiling secara individu.

4.       Guru akan mengarah murid supaya bersaing untuk menyiapkan buku skrap dengan peruntukan masa 15 minit sahaja. Murid yang cepat akan dipuji sebagai satu motivasi.

BBM :
Gambar wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, gunting, gam, pensel warna, Lembaran Buku Kerja

Kertas warna Hijau dan Merah
( Pengasingan untuk kumpulan )


Penutup
( 5 minit)


1)     Guru akan meminta murid mengasingkan wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
2)     Guru meminta murid menyebut kumpulan wang syiling yang telah diasingkan.
3)     Guru meminta murid memasukkan wang.
               syiling tersebut di dalam cawan plastik                               
4)     Guru akhir sekali sebagai pengukuhan dan penilaian guru akan memberi murid satu lembaran kerja.


BBM:
Wang syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, cawan plastik yang berlabel , Lembaran kerja








3.0            REFLEKSI ( MIKRO PENGAJARAN)

Refleksi  bermakna melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula, melakon semula dan mengingati semula peristiwa, emosi dan pencapaian guru dalam pengajaran dan pembelajarannya. Proses refleksi ini adalah berlandasan yang digunakan guru professional untuk belajar daripada pengalamannya dan memperbaiki Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungannya. Pengetahuan guru bersifat pratikal kerana melalui proses penambahbaikan berasaskan kepada `wisdom and practice’ untuk satu jangka masa yang tertentu (Shulman 1987). Refleksi membantu guru mendokumentasikan dan menerangkan tindakan mereka iaitu membuktikan pengetahuan professional mereka, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Lounghran & Corrigan, 1995).

3.1         KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam melaksanakan tugasan mikro-pengajaran ialah set induksi pengajaran dan pembelajaran guru dapat menarik minat murid untuk terus menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.. Penggunaan kaedah pembelajaran yang berasaskan kaedah bermain sambil belajar dalam pengajaran dan pembelajaran mudah difahami dan menyeronokkan  murid-murid. Guru mendapati kaedah ini amat efektif diimplikasikan kepada tahap kemampuan murid-murid pendidikan khas (Masalah Pembelajaran).

Respon daripada murid-murid amat memberangsangkan. Mereka berebut-rebut menjawab soalan yang dikemukakan dengan aktif. Kaedah ini  sesuai untuk mereka mengikut tahap kemampuan murid-murid pendidikan khas (Masalah Pembelajaran). Kaedah ini dapat melatih murid-murid memperoleh sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik permainan yang dijalankan.


RANCANGAN HARIAN PELAJARAN ( PENDIDIKAN KHAS) MASALAH PEMBELAJARAN

RANCANGAN HARIAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Tajuk :                                     3. Prabacaan

Masa:                                       60 minit

Tunjang Utama            :           Komunikasi

Standard  Kandungan              3.1  Mengenal  persamaan objek, huruf dan suku kata

Standard  Pembelajaran           3.1.2    Mengecam persamaan dari segi bentuk

Tunjang yang disepadukan      Keterampilan Diri

                                                 Literasi Sains dan Teknologi

Objektif                                   Pada akhir pelajaran, murid dapat mengecam persamaan objek dari

                                                segi bentuk

Nilai                                        Kerjasama

LANGKAH

AKTIVITI

BBM

CATATAN


Set Induksi

1        Murid mendengar dan menyanyikan bersama guru lagu
“ Bulat kecil Bulat Besar”

“Bulat kecil bulat kecil bulatlah besar
  Naik lagi naik lagi pergi belayar
  Enam kali enam tiga puluh enam
  Jadilah anak beruang”


Lagu “ Bulat kecil Bulat Besar”


Langkah 1

1         Murid melihat dan menamakan benda-benda 
pada kad imbasan


Kad ganbar bola, buku, sandwich


Langkah  2

1        Murid mengelaskan bentuk dalam kumpulan sama
2        Murid menamakan bentuk yang dikelaskan

Bulat
Segi empat
Segi tiga



Langkah  3

1        Murid diberikan kad pelbagai bentuk
2        Murid dikehendaki memasukkan kad bentuk yang sama di dalam bakul yang disediakan
3        Murid lain menyemak kad bentuk yang dimasukkan sama atau tidak
4        Pemenang berdasarkan kepada pungutan kad terbanyak


Kad bentuk bakul


Langkah 4

1        Murid memadankan bentuk gambar yang sama


Lembaran kerja



Penutup

1        Murid mewarnakan bentuk yang sama dengan warna yang ditetapkan.


Lembaran kerja







Refleksi :
Kekuatan :
Guru telah menggunakan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran . Aktiviti telah memberi satu impak yang menyeronokkan murid-murid. Murid-murid telah memberi respon yang amat memberangsangkan. Penggunaan Alat Bantuan Mengajar yang menarik akan membantu proses pengajaran guru. Selain itu guru telah menggunakan inovasi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Inovasi yang bermaksud amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan kepada seseorang individu atau sistem sosial.Dalam pengajaran di atas guru telah menggunakan teknologi pengajaran. Perancangan pengajaran yang sistematik secara tidak langsung telah memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid. Aktiviti yang dijalankan banyak berpusatkan murid-murid. Justeru itu perancangann ini akan memudahkan guru memindahkan pengetahuan ataupun kemahiran kepada murid-murid.

Kelemahan:
Guru akan menyediakan banyak bahan bantu menggajar. Peruntukkan masa tidak mencukupi kerana terlalu banyak aktiviti dijalankan. Tambahan pula tahap murid-murid pendidikan khas adalah berbeza-beza tahap kemampuan mereka.


RANCANGAN HARIAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Tajuk :                                     3. Prabacaan

Masa:                                       60 minit

Tunjang Utama            :           Komunikasi

Standard  Kandungan              3.1  Mengenal  persamaan objek, huruf dan suku kata

Standard  Pembelajaran          3.1.2    Mengecam persamaan dari segi bentuk

Tunjang yang disepadukan      Keterampilan Diri

                                                Literasi Sains dan Teknologi

Objektif                                   Pada akhir pelajaran, murid dapat mengecam persamaan objek dari

                                                segi bentuk

Nilai                                        Kerjasama

LANGKAH

AKTIVITI

BBM

CATATAN

Langkah 1

1        Murid melakukan pergerakan tangan dan jari mengikut lagu ` Bila Rasa Gembira’
Bila rasa gembira tepuk tangan (2x)
Bila rasa gemibta beginilah caranya
Bila rasa gembira tepuk tangan
Bila rasa gembira gerak jari (2X)
Bila rasa gembira beginilah caranya
Bila rasa gembira gerak jari
   
VCD
Lirik Lagu 


Langkah 2

1        Murid menggunakan doh dan membuat pelbagai bentuk mengikut kreativiti sendiri.

Doh



Langkah 3




Langkah 4

1        Murid melakukan pergerakan jari secara bebas di atas permukaan lembut dan keras.

1        Murid melakukan pergerakan jari secara bebas di belakang badan kawan.






Meja
Tepung gandum



Langkah 5

1        Murid melakukan pergerakan jari secara bebas di atas dulang garam.


Dulang garam



Langkah 6

1        Murid melakukan pergerakan seperti mengecat di atas kertas.

Kertas pelbagai saiz


Penutup

1   Murid menyanyikan lagu` Bila Rasa Gembira”

VCD







REFLEKSI :
Kekuatan:
Objektif pengajaran guru tercapai kerana murid-murid memahami konsep yang tersirat di dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Murid-murid seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Kaedah nyanyian telah menghiburkan hati murid-murid. Respon daripada murid-murid amat memberangsangkan.

Kelemahan:
Suasana bilik darjah agak kotor dengan aktiviti mengecat di atas kertas. Murid-murid menganggu rakan lain menjalankan aktiviti. Namun ada 2-3 orang murid yang pasif dan tidak mahu mengambil bahagian.

RANCANGAN HARIAN PELAJARAN

KOMPONEN MATEMATIK

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Tajuk :                                     1. Pranombor

Masa:                                       60 minit

Tunjang Utama            :          Literasi Sains dan Teknologi

Standard  Kandungan              3.1  Mengklassifikasikan objek mengikut warna

Standard  Pembelajaran          3.1.2    Mengasingkan objek mengikut warna asas

Tunjang yang disepadukan      Komunikasi

                                                Kemanusiaan

                                                Kehonian, sikap dan nilai

Objektif                                   Pada akhir pelajaran, murid dapat mengklassifikasikan objek mengikut warna asas merah, biru dan kuning

Nilai                                         Kerjasama

LANGKAH
AKTIVITI
BBM
CATATAN

Set Induksi

1         Murid melihat tiga biji bola yang berbeza warna  dan mempunyai saiz yang sama dari kotak.
2         Murid disoaljawab oleh guru:
a.       Apakah ada di tangan saya?
b.      Apakah warna bola ini ?

Bola
Kotak


Langkah 1

1             Murid melihat sebuah bakul yang diisi dengan pelbagai bentuk bongkah warna asas dan tiga buah bakul kosong berwarna kuning, merah dan biru.
2             Murid dipilih secara rawak untuk mengambil bongkah berwarna yang sama dengan bola yang ditunjukkan oleh guru dan memasukkannya ke dalam bakul yang telah disediakan mengikut warna.
3             Murid mengulangi aktiviti yang sama bagi warna asa yang lain.

Bongkah ( merah, biru dan kuning)


Langkah 2

1             Secara berpasangan, murid diberi sebuah bakul berwarna kuning, merah dan biru.
2             Setiap pasangan dikehendaki mencari benda yang terdapat di dalam bilik darjah berdasarkan warna bakul masing-masing dalam masa 10 minit.
3             Setelah masa tamat,murid bersama guru menyemak benda yang telah dikumpulkan oleh pasangan mengikut warna yang telah ditetapkan.
4             Kumpulan yang paling banyak mengumpul benda-benda mengikut warna bakul masing-masing dikira sebagai pemenang.


Bola
Bakul
Alatan maujud yang terdapat di dalam kelas


Langkah 3

1        Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan
2        Setiap kumpulan dibekalkan pundi kacang pelbagai warna.
3        Murid dikehendaki memasukkan pundi kacang ke dalam bakul mengikut warna yang telah ditetapkan untuk kumpulan masing-masing secara bergilir-gilir selama 10 minit.
4        Kumpulan murid yang memasukkan pundi kacang mengikut warna yang betul dan kuantiti paling banyak dikira sebagai pemenang.

Pundi kacang
Warna asas
Gelung rotan
Bakul warna asas


Langkah 4

1        Murid membuat lembaran kerja mengikut tahap kebolehan mereka.
a.       Lembaran kerja 1( aras rendah) murid dikehendaki memadankan gambar yang mempunyai warna yang sama.
b.      Lembaran kerja ( aras sederhana) murid dikehendaki mewarnakan gambar berpandukan warna yang telah ditetapkan.
c.       Lembaran kerja 3(aras tinggi) murid dikehendaki mewarnakan gambar Jalur Gemilang mengikut warna yang betul.

Lembaran kerja

Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja mengikut tahap kebolehan mereka kemudian baru boleh berubah ke lembaran kerja seterusnya.

Penutup

1        Guru menyediakan belon mengikut warna asas.
2        Murid memilih belon mengikut warna yang disukai dan meniup belon serta berada di dalam kumpulan belon yang sama warna.
3        Kumpulan yang menang diberi tepukan.

Belon warna asas







REFLEKSI:
Kekuatan:
Pengajaran dan pembelajaran guru mendapat respon yang amat berkesan. Murid-murid secara berpasukan telah bekerjasama dalam menjalankan aktiviti yang disediakan oleh guru. Objektif pengajaran dan pembelajaran guru tercapai 97 %. Kaedah permainan yang dirancangkan oleh guru telah memperolehkan pembelajaran yang berkesan kerana ia mengalakkan murid mempelajari sesuatu bersesuaian dengan minat, tujuan dan tahap mereka.

Kelemahan:
Namun masih ada 2-3 orang murid tidak mahu ambil bahagian. Guru perlu memberi fokus juga kepada 2-3 orang murid ini agar berminat dan mengambil bahagian.