SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG

KAU YANG TERISTIMEWA
( KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS)

Wednesday, 7 December 2011

LANGKAH -LANGKAH DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN

Dari sebuah unit yang kecil di Kementerian Pelajaran Malaysia kini di bawah Jabatan Pendidikan Khas ditubuhkan. Istilah`kanak-kanak khas' telah dimasukkan dan tertera dalam Akta Pendidikan Negara 1996.

AKTA PENDIDIKAN 1996
`Pendidikan Khas' ertinya pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid. Manakala maksud`Sekolah Khas' pula membawa maksud menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41.

Pendidikan khas juga mempunyai Falsafah Pendidikan Khasnya sendiri.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Satu usaha yang berterusan untuk mengalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkerampilan, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan. Serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Negara telah pun mempunyai Dasar Pendidikan Khas dan juga Misi Jabatan Pendidikan Khas. Lantaran itu kerajaan telah menyediakan pendidikan berkauliti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang boleh berdikari, berjaya dalam hidup serta dapat memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Kau Terlalu Istimewa
menyentuh hati nurani
menyelami diri
erti kehidupan ini,
menyedari
kekurangan diri,
menginsafi diri
tentang fana ini,
sehingga diri
berpisah dari
jasad diri.

No comments:

Post a Comment