SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG

KAU YANG TERISTIMEWA
( KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS)

Tuesday 6 December 2011

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

PENGENALAN

Assalamulaikum  dan SALAM 1 MALAYSIA buat rakan UPSI

Blog ini memaparkan tentang Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran) dalam dunia pendidikan. Kehadiran kanak-kanak khas di dunia ini adalah anugerah yang tidak terhingga. Seperti kanak-kanak biasa kanak-kanak khas mempunyai hak asasi manusia. Mereka berhak mendapat pendidikan seperti kanak-kanak normal yang lain. Konsepsi Blog yang saya ingin berkongsi bersama dengan rakan-rakan ialah kebajikan dan pendidikan  khas sekarang yang sudah beralih arah daripada pendidikan ekskusif kepada ke arah pendidikan inklusif. 

Pendidikan dan kebajikan mereka sekarang lebih terbela malahan kita seharusnya membuka minda dan mata bahawa hakikatnya kanak-kanak khas akan terus berada di masyarakat kita. Bila diselami dunia kanak-kanak khas ini hati saya tersentuh sehingga menitis air mata. Betapa uniknya dan indahnya anugerah kanak-kanak khas ini diciptaNya. Jika mereka mendapat pendidikan awal, kesemuanya disebabkan belas kasihan, keprihatinan individu tertentu dan selalunya dilakukan secara adhoc. Kini fenomena ini sudah bertukar konsepsinya, masyarakat diluar sana dah boleh menerima hakikat bahawa kanak-kanak khas in berhak seperti orang normal.