SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG

KAU YANG TERISTIMEWA
( KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS)

Wednesday 7 December 2011

Pendidikan untuk kanak-kanak khas


 Pendidikan khas di negara kita masih lagi di dalam era yang baru tidak seperti negara-negara lain di barat, kajian dan pemerhatian telah dibuat untuk menyelami sikap dan tingkah laku kanak-kanak khas ini.Mereka mempunyai bidang profesional yang esklusif tentang perkembangan pendidikan kanak-kanak khas berbanding di Malaysia. Kajian terhadap pendidkan khas masih kurang apatah lagi dalam mengkaji perkembangan psikologi dan psikoterapi ke atas kanak-kanak khas.

Justeru itu maklumat-maklumat penting tentang perkembangan Pendidikan khas di negara perlulah diperkasakan bagi menajyakan program pendidikan khas di Malaysia. Persepsi dan mentaliti ibubapa dan masyarakat juga penting, ia perlu terbuka untuk menerima realiti bahawa kehidupan kanak-kanak khas hendaklah diberi peluang dan menerima keadaan mereka seadanya. Kanak-kanak khas tidak memerlukan harta dunia tetapi cukuplah sekadar memberi ruang, peluang untuk disayangi, dikasihi, difahami dan menyelami perasaan mereka.


Mereka berhak mempunyai kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain. Marilah kita sama-sama menyelami insan `Istimewa' ini. Lantaran itu terimalah mereka seadanya. Kau Yang teristimewa.

Songket direntang bersulam Intan dan emas
Tenunan Hiasan kilauan keemasan
Selamat membaca ke Blog Pendidikan khas
Kejayaan Wawasan teras kebanggaan

Dari mekah bawa kurma
Kurma mentah kurma muda
Ilmu sudah kami terima
untuk menambah bekalan yang ada

Entemu bernama entemu kunci
jangan ditanam di tanah rengas
Dengan ilmu yang ada di sini
buat azimat menjalankan tugas

No comments:

Post a Comment